Assalamualaikum.

Makluman buat ahli Nisa Putatan, ada 2 program terdekat pada mlm ni & esok:

1) Projek JEN (Projek Jana Ekonomi Nisa')


Seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat dan perbincangan sebelum ini, Nisa' akan menumpukan kepada usaha memperkukuhkan ekonomi dalam memastikan dana untuk perlaksanaan program-program yang telah dirancang. Justeru, salah satu aktiviti dlm projek ini ialah Membuat & Menjual Kek Lapis.


Sesi Baking Kek Lapis Siri 1 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 Mei 2010
Tempat : Teratak Sri Kepayan (Rumah Kak Ain)
Masa : 7.00 mlm (selepas maghrib - solat Isyak berjemaah. Kalau ada yang nak solat maghrib di sana juga dialu-alukan.)

Agenda:
a. Tazkirah & penerangan ringkas selepas solat Maghrib.
b. Solat Isya' berjemaah.
c. Proses menyukat, mengadun, membakar & membungkus kek.
e. Bersurai.

Objektif Program:
a. Menjana & memperkukuhkan ekonomi Nisa'.
b. Menanam minat pembuatan makanan halal & berniaga dalam jiwa muslimah.
c. Menanam semangat berdikari untuk mendapatkan ilmu & kekukuhan kewangan.
d. Mempersiapkan adik2 Nisa' dengan asas membuat kek lapis/kek, semoga berkembanag menjadi kemahiran yang memberi pulangan yang baik.
e. Mengeratkan silaturrahim.


2) Mesyuarat Organisasi Nisa' Putatan


Tarikh : 26 Mei 2010
Masa : 8.00 mlm (selepas Isya')
Tempat : Teratak Sri Kepayan (Rumah Kak Ain)

Sila sahkan kehadiran anda untuk urusan logistik. Harap dapat sebarkan kepada ahli-ahli yang lainnya.

Untuk sebarang info/pengesahan kehadiran, sila hubungi Kak Ain : 019-9893726 / Kak Sue : 013-8309144. Sila perkenalkan diri anda. Kadangkala nombor anda tiada dalam simpanan phonebook kami. :)

JUMPA DI SANA!

0 comments:

Post a Comment