Assalamualaikum...

Makluman buat AJK Nisa' Kota Kinabalu,

Mesyuarat Gerakerja Nisa' KK
bersama Nisa' Labuan dan Nisa' Negeri Sabah akan diadakan mengikut butiran berikut :

Tarikh : 6 Februari 2010
Tempat : Lil' Aulad Playhouse
Masa : 9.30 pagi


Kehadiran WAJIB. Sila tepati masa... JUMPA DI SANAAAA!!
"Pejuang penuh dengan kepayahan
dalam kepayahan ada ketenangan

Yang tidak berjuang kurang kepayahan
tetapi tiada ketenangan..."
Assalamualaikum semua..

Harapnya sentiasa di bawah lindungan Allah dan mendapat rahmat serta hidayah daripadaNya.

Pada 5hb Februari 2010 ini, sahabat-sahabat Nisa Kawasan Labuan dan Nisa' Negeri Sabah akan berkampung di Kota Kinabalu sebelum bertolak ke Kudat untuk Nisa' Games pada 7hb Februari. Ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Lil' Aulad Playhouse yang sudi menempatkan mereka bagi tujuan penginapan dan venue mesyuarat ringkas. Terima kasih daun keladi..

Buat sahabat-sahabat Nisa Kaw. Labuan & Nisa' Negeri Sabah, ahlan wa sahlan kami ucapkan. Semoga ukhuwah fillah akan terus erat...

Sebarang masalah, boleh hubungi Kak Su (013-8309144), Kak Ain (019-9893726) atau mana-mana AJK Nisa Kota Kinabalu. ( dah ada nombornya dah kan? :D )
Assalamualaikum adik-adik Nisa' yang dirahmati Allah..

Di sini Nisa' Kota Kinabalu ingin mewar-warkan suatu program yang bekal menggegarkan Kota Kinabalu.. ;)

Konsert Aura Ungu 2010 (KAU 2010) :

satu aktiviti anjuran Unit Kesenian Dan Sukan Nisa' bakal menemui adik-adik tidak lama lagi...butirannya akan dimaklumkan kelak, jadi jangan lupa untuk terus menjenguk Laman Nisa' Kota Kinabalu ini utk makluman lanjut yea?

OKlah, sikiiiiiiit aje, sebagai 'teaser'. hehehehh... Program ni special utk mencungkil bakat kesenian adik-adik muslimat dalam suasana yang terlindung daripada pandangan ajnabi...sesuai dengan jiwa muda yang "Ceria Bersyariat"!

Nak tau lebih lanjut? Tunggguuuuuu....!
Assalamualaikum adik-adik Nisa' yang dikasihi.

Membuka tirai usrah Nisa' pada tahun 2010 ini, satu perjumpaan usrah akan diadakan :

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)

Masa : 1.00 petang (sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian)

Tempat : LIL' AULAD PLAYHOUSE
No 2, Lorong Sri Kepayan 12,
Taman Sri Kepayan.


Semua dijemput hadir.
Sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada Kak Nani : 016-9441862.

Ucapan takziah utk Kak Suhaina dan Ust Shazali atas pemergian anakanda tersayang baby Mohamad Rashidi yg sempat menatap dunia selama sebulan seminggu. Allahyarham meninggalkan kita semua pagi tadi sekitar 11pagi. al-Fatihah... Kita menyayanginya, tetapi sesungguhnya Allah lebih mencintainya..

Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun...

Rujuk: Tahniah buat Ukhtie Pengerusi NISA' Kota Kinabalu

Sekecil Sumbangan, Sebesar Harapan
Kita Laksanakan Impian Bersama

Berminat??.. Boleh hubungi Kak Ain di talian +6 019 9893726