Assalamualaikum Warahmatullah.

Dimaklumkan bahawa MESYUARAT ORGANISASI NISA' akan dipindahkan lokasi ke Lil' Aulad. Butiran lain tetap sama:

Tarikh : 27 Mei 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Lil' Aulad.

Sila hadir tepat masa, kerana ada antara akhawat kita yang akan travel ke Tawau esok (28 Mei 2010). Kita akan cuba simpulkan semuanya sebelum jam 10 mlm.

AJK KARNIVAL AURA UNGU 2010 JUGA DIALU-ALUKAN MENGHADIRI MESYUARAT INI.

Sekian dimaklumkan. Wassalam.
Assalamualaikum warahmatullah.

Semoga semua di dalam barakah & perlindungan Allah.

Alhamdulillah, Projek JEN : Sesi Baking Siri 1 telah terlaksana dgn jayanya. Kehadiran adalah seramai 3 orang, namun pencapaian amat memuaskan. 2 loyang kek lapis masam manis telah berjaya dimasak, menunggu untuk dipek & dijual. Sebahagian keuntungan akan dimasukkan ke tabung Nisa'.

Diharapkan sambutan adalah lebih baik pada masa akan datang. Ucapan ribuan terima kasih buat tuan rumah serta Ukhti Noorsheela & Ukhti Tuan Nurul Ain di atas kerjasama yang diberikan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Juga ribuan terima kasih buat para suami mereka yang redha dengan pengorbanan si isteri..

Apa yang penting? KERJASAMA!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Disebabkan oleh pertindihan waktu program dengan muktamar kawasan, mesyuarat organisasi Nisa' telah ditunda ke

Tarikh : 27 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Teratak Sri Kepayan (Rumah Kak Ain)

Sila maklumkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Segala kesulitan adalah amat dikesali.. Kehadiran ke muktamar DAN mesyuarat adalah DIWAJIBKAN.

Sebarang kemusykilan / pengesahan kehadiran, sila hubungi Kak Sue : 013-8309144 / Kak Ain : 019-9893726. Terima kasih.
Assalamualaikum.

Makluman buat ahli Nisa Putatan, ada 2 program terdekat pada mlm ni & esok:

1) Projek JEN (Projek Jana Ekonomi Nisa')


Seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat dan perbincangan sebelum ini, Nisa' akan menumpukan kepada usaha memperkukuhkan ekonomi dalam memastikan dana untuk perlaksanaan program-program yang telah dirancang. Justeru, salah satu aktiviti dlm projek ini ialah Membuat & Menjual Kek Lapis.


Sesi Baking Kek Lapis Siri 1 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 Mei 2010
Tempat : Teratak Sri Kepayan (Rumah Kak Ain)
Masa : 7.00 mlm (selepas maghrib - solat Isyak berjemaah. Kalau ada yang nak solat maghrib di sana juga dialu-alukan.)

Agenda:
a. Tazkirah & penerangan ringkas selepas solat Maghrib.
b. Solat Isya' berjemaah.
c. Proses menyukat, mengadun, membakar & membungkus kek.
e. Bersurai.

Objektif Program:
a. Menjana & memperkukuhkan ekonomi Nisa'.
b. Menanam minat pembuatan makanan halal & berniaga dalam jiwa muslimah.
c. Menanam semangat berdikari untuk mendapatkan ilmu & kekukuhan kewangan.
d. Mempersiapkan adik2 Nisa' dengan asas membuat kek lapis/kek, semoga berkembanag menjadi kemahiran yang memberi pulangan yang baik.
e. Mengeratkan silaturrahim.


2) Mesyuarat Organisasi Nisa' Putatan


Tarikh : 26 Mei 2010
Masa : 8.00 mlm (selepas Isya')
Tempat : Teratak Sri Kepayan (Rumah Kak Ain)

Sila sahkan kehadiran anda untuk urusan logistik. Harap dapat sebarkan kepada ahli-ahli yang lainnya.

Untuk sebarang info/pengesahan kehadiran, sila hubungi Kak Ain : 019-9893726 / Kak Sue : 013-8309144. Sila perkenalkan diri anda. Kadangkala nombor anda tiada dalam simpanan phonebook kami. :)

JUMPA DI SANA!
Untuk makluman, Nisa' Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Konsert Aura Ungu 2010 (KAU'10)Peringkat Sabah. Justeru, kami ingin mengumumkan penjadualan semula ke butiran sepert berikut:

Tempat : Dewan Canselor Univ. Malaysia Sabah (UMS)
Tarikh : 24 & 25 Julai 2010

Peluang adalah terbuka:

- Untuk menyewa gerai jualan (bagi individu yang berminat).
- Untuk membeli ruang iklan & dimuatkan dalam buku cenderamata KAU'10 (diedarkan kepada VIP, tetamu dan pengunjung-pengunjung)
- Pakej penajaan buat yang berminat.
- Penyertaan Pertandingan Suara Nisa 2010 (Persona '10).

Info lanjut akan kami kemaskini dari semasa ke semasa. Sila kunjungi laman blog ini ataupun jenguk kami di Facebook Nisa' Kota Kinabalu.
Assalamualaikum.

Update Nisa Bowling Games yang berlangsung dengan jayanya (Alhamdulillah!) pada butiran berikut :

Tempat : CPS Bowl, Centre Point KK
Tarikh : 22 Mei 2010
Masa : 8.30 malam.

Ramai juga yang hadir sebagai peserta. Ada juga yang datang sebagai penyokong. Pendek kata, tahniah kepada semua peserta yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi!


Ini antara gambar aksi peserta pada malam itu. Gambar ni istimewa, sebab peserta ini merupakan ahli Nisa', ibu kepada 3 anak, dan pertama kali pegang bola bowling. Tapi berjaya strike 4 kali! TAHNIAH!

Gambar-gambar lain bakal menyusul kemudian. Buat adik-adik Nisa' lain yang sempat menangkap gambar pada malam itu, silalah kongsi bersama kami. Terima kasih daun keladi. Lain kali joinlah lagi...

InsyaAllah ada banyak lagi program menarik yang dirancang untuk dilaksanakan pada masa-masa akan datang. Kunjungilah kami dengan kerap atau boleh dapatkan info terkini di Facebook Nisa' Kota Kinabalu.
Gerakerja yang tertangguh akan disambung semula. kali ini bangkit dengan lebih bersemangat!

Adik2 Nisa' yang berkaitan, sila hadirkan diri:


Mesyuarat Konsert Aura Ungu 2010
Tempat : Rumah Kak Suhaina a.k.a Lil 'Aulad
Masa : 2.00 petang

JUMPA DI SANA!